saya fakaruddin
all about me and my friends....hoho^^
Saturday, October 11, 2014
sedihnya jadi aku
asalnye budak matrik uia. pastu lari pasal susah sgt subjek. pastu member sume da masuk kampus degree ak bru msuk unikl amik diploma. lmbt staun dri member uia, tp ad pngalaman da kt uia dlu so easy sikit laa hidup sini. semakin lame kt sini semakin susah subjek. budak lain lg mude pun lg sng pickup. haish. susahnye jd aku. da laa jumpe member yg suke main game. terjebak laa ak di situ. nk wat cmne, da lpas. huhu. pastu msuk sem 4, sangkut laa plak subjek yg da di warned oleh senior2 yg lain. reactor. noob gile ak. tu laa member suh belaja tak nak. main game je 24 jam. mne nk pndai. pastu msuk sem 6 repeat balik. ok laa subjek tu. tetibe jd easy gile. haha. maybe sbb belaja kut. walaupun still main game tp kurang laa sikit. patutnye sem 6 praktikal. tp satu subjek tu membuatkan ak x ley abiskan credit ak. ingt nk abiskan skali mse sem 6 tu. jap lg kne bar plak paper reading yg easy gile nk lulus. punce? x dpt jumpe lecturer. kelas x taw kt mne. call x angkat, msg x reply, pegi bilik x de manjang. nk wat cmne? redha je laa. huhu. susahnye jd ak. kne laa amik short sem utk subjek tu je. klw x amik gak short sem tu, x ley grad laa gamaknye psl last sem offer subjek tu. member lain yg lg mude dri ak da abis praktikal da pun mse ak short sem tu. huhu. tggl budak2 yg main game je. sedihnye jd ak. bile ak praktikal, dorg da grad da pun. tgk pic dorg grad ak sebak jdnye. so iktibar dari sini, kemalasan bole memusnahkan hidup kita so utk bdk2 u or kolej or ape ipt skalipun, do not give in to laziness like me. studying is important to our life cause it makes the differences necessary to the job hunting later or other shits u need to do in life. thats all for now. chiao.
Sunday, November 18, 2012
just a fragment in my mind that i hope i can forget
ahhh. i'm hopeless am i? i got rejected every time.. i don't care about that.. the only girl that make me feel like i am a man with no will to stay alive without her is this one girl.. i don't want to say her name, but i will say that i only know her for a few days but i don't know how can she just steal my heart that one time and i can't get it back.. i know she has someone else in her mind and i say that i am completely don't care about the fact that she does not like me back.. but in the end i can't do everything right now, i can't eat, i can't sleep and the worst thing i have finals tomorrow!! arrgh.. i don't know what to do right now.. i can't force her to like me back!! it's worthless to try.. i hope i can get the best results..
Monday, October 8, 2012
special delivery : kemerapuan sebelum makan malam
tatkala ku memejamkan mata
memekakkan telinga
daripada 10 mulut yang mencerca
kelibat kau pun tiba
di keheningan suasana
memberi cahaya gembira
menghalau kedukaan yang menerpa
aku terpana
sangkaku kau hanyalah bayangan semata
tidak terlintas di minda
kau adalah bidadara syurga
yang kacak malah bergaya
tidak setanding antara kita
aku hanyalah hampas sahaja
tidak setanding masyarakat perkasa
mengapa aku yang diterima
untuk menjadi makmum dirinya
jika sudah nekad kisahnya
aku terima nikahnya..mungkin ini adalah salah satu pemikiran gadis zaman sekarang, manalah tahu kan? aku bukan pemuisi, jauh sekali berfikiran seperti wanita, tapi ni hanyalah ilham yang datang sebelum makan malam tadi. makan malam yang rasanya bukan makan tapi hanya alas perut sahaja. di kedai makan tadi, aku memesan nasi goreng daging merah, tapi yang aku dapat bawang goreng masak merah dengan nasi dan daging sebagai hidangan sisi. ibarat pencuci mulut bak kata orang bertamadun sekarang. kesimpulannya, aku kelaparan sehingga esok pagi. tapi harga hidangan tersebut agak mahal, sesuai dengan kesedapan bawang goreng yang terhidang. menyambung kembali cerita puisi di atas, agaknya mengapa gadis tersebut terima lelaki tersebut? adakah kerana kacak semata? atau kekayaan dunia? pada pendapat aku kan, keduanya tidak mustahil. jadi bagaimana hendak menjadi seperti lelaki yang bertuah di atas? mudah sahaja. hanya dengan mempromosi produk-produk keluaran syarikat tertentu. anda tidak perlu tahu fungsi produk tersebut. apa yang penting apabila ada orang yang klik link anda, dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya produk tersebut, mereka akan melanggan newsletter dan boom! akan dipromosi sendiri oleh pemilik bisnes ini, dan seterusnya apabila mereka masuk, anda akan dapat komisyen.
di bawah adalah Q&A atau FAQ bisnes ini,
Harap maaf ini bukan pelaburan... anda tidak duduk diam dan duit masuk begitu sahaja,
anda ada tugasan yang diberikan untuk mendapatkan keuntungan..
Kelab Jutawan memberikan perkhidmatan ilmu perniagaan kepada orang diluar
sana (disamping pemberian ebook panduan). Konsep yang sama seperti kelas
tuisyen. anda bayar anda belajar ilmu pemasaran internet dan anda apply melalui kelab jutawan..
dan InsyaAllah jika ada rezeki Allah tetap akan berikan kepada kita..
Baiklah,Sebelum anda join kelab ini, apakata anda fahami konsep kami yang mudah.
S: Apa yang saya dapat bila sertai Kelab Jutawan?
J: Apa yang anda akan miliki sebagai ahli kelab ?
- Laman web replika yang akan menggumpul email untuk anda
- Autoresponder membuat followup automatik list anda.
- Panduan eksklusif membuat promosi laman web anda.
- Produk Hakcipta berharga RM140
- Bantuan secara online (YM LIVE CHAT Bersama ahli kelab yang lain)
- Forum tertutup ahli eskslusif kelab jutawan
- Panduan harian kepada anda setiap hari
- Rahsia ahli kelab menjana Sehingga RM5000 pada bulan pertama join KJ.
- Update terkini aktiviti kelab jutawan dan bonus tambahan setiap bulan.
S: Bagaimana Kelab Jutawan ini boleh buat duit?
J: Apabila anda menjadi ahli, anda diberikan satu
web replika. Tugas anda ialah membawa
pelawat ke laman web anda. Sistem akan membuat followup
secara automatik kepada list anda. Biasanya 10-20%
list akan membuat pesanan selepas mendapat mesej yang
ke 7 - 10! Yang penting anda tak perlu bercakap atau jumpa sesiapa pun!!
S: Saya tidak pandai promosi dan tiada list, bagaimana?
J: Jangan risau, sebab itulah kelab jutawan ini dicipta
supaya mereka yang tidak tahu internet kini mampu buat
duit. Saya akan tunjukkan 5 teknik membawa
pelawat yang saya sendiri gunakan untuk menjana tidak
kurang RM300 sehari! Salah seorang ahli yang menggunakan
teknik ini kini mempunyai 1000 list dan RM3000 dibank!
S: Berapa saya boleh jana dalam seminggu?
J: Ada ahli yang mendapat RM100, RM200 malah RM1200
seminggu. Ia bergantung kepada betapa agresifnya anda
membuat promosi. Dari kajian, list seramai 100-500 mampu
meraih RM1000 seminggu!!
Ini pendapatan yang akan anda perolehi :
1. Komisen peringkat pertama - RM50.00 apabila anda membawa ahli baru masuk
2. Komisen peringkat kedua - RM20.00 apabila ahli anda juga membawa ahli baru
3. Peluang mendapatkan hadiah bernilai RM500 untuk cabutan tiket bertuah.
S : Halal ke program ni
J : KELAB JUTAWAN ialah perniagaan online yang menjalankan program Affiliate...
KELAB JUTAWAN mempunyai produk ebook2 tentang ilmu internet dan pemasaran...
program affiliate bermaksud kita sbg agen (org tgh) akan mempromosikan produk pihak lain
usahawan @ syrkt) dan akan dapat byaran/komisen jika ada orang membeli produk tersebut
melalui link affiliate kita..
Semestinya halal. Program kelab jutawan adalah hampir sama konsep dengan Multilevel
Marketing Cuma bezanya admin tidak mewujudkan system berpiramid. Wang keahlian anda adalah
untuk kos pembayaran penyelanggaraan website (doman +hosting) dan ebook yang berharga lebih
RM1000 dan bimbingan harian kepada semua ahli. Maknanya apabila anda menyertai kelab ini, anda
adalah member berbayar yang akan menerima website replica , ebook panduan, ebook bonus tambahan
dan ilmu pemasaran setiap hari. Apabila duit yang anda laburkan itu tadi dan anda mendapat produk
berbentuk fizikal atau virtual maka terjadilah konsep jual beli dan ini diterima di dalam islam sebagai asas perniagaan.
boleh semak status halal di web ini..penerangan dan soal jawab agama tentang program affiliate
http://en.islamtoday.net/node/779
Semoga ini menjadi jawapan untuk anda.
puas hati? atau masih ada soalan atau ingin maklumat lanjut? link di bawah ada penyelesaiannya.
selain link di atas, terdapat juga program affiliates yang lain, bermaksud anda hanya perlu mempromosi tanpa mengeluar duit, tetapi jika ada yang melaksanakan penjualbelian, anda akan mendapat komisen.
penuhkan dulu minda anda dengan ilmu dalam link ini dan jika anda rasa berguna, silakan menyertai dan selamat mencuba!!
Saturday, May 5, 2012
96 Nasihat-Nasihat Ringkas
1. “Apabila tubuh seseorang menggigil kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana dedaunan berguguran dari pohon.”(Hadits)
2. “Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.” (Al-Hasyr: 19)
3. “Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah tidak suka berjumpa dengannya.” (Hadits)
4. ”Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah.” (Al-Hadiid: 16)
5. ”Satu tanda taubat kamu diterima Allah adalah kamu melihat dirimu terpelihara dari segala maksiat.” (Kata-kata Ulama)
6. ”Barangsiapa menghidupkan sunnahku sama ertinya mencintaiku, barangsiapa mencintaiku di hari kiamat kelak akan bersamaku di syurga.” (Hadits)
7. ”Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pagi dan petang.” (Al-Ahzab: 41-42)
8. ”Tanda-tanda munafik ada tiga, kalau berkata ia berdusta, kalau berjanji tidak menepati, kalau diamanat ia khianat.” (Hadits)
9. ”Sungguh beruntunglah orang mukmin. Iaitu orang-orang yang sembahyangnya dikerjakan dengan penuh khusyuk.” (Al-Mukmin: 1-2)
10. ”Dua rakaat yang dikerjakan dengan penuh khusyuk jauh lebih baik berbanding ibadah semalaman sementara hatinya melupakan Allah.” (Ibnu Abbas)
11. ”Kamu semua adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang munkar.” (Al-Imran: 110)
12. ”Sebaik-baik kamu adalah yang bermanfaat bagi orang lain dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang membahayakan orang lain.” (Hadits)
13. ”Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
14. ”Diantara jalan-jalan masuk syaithan dalam diri manusia adalah: marah, syahwat, rakus, cinta perhiasan, dengki dan berburuk sangka.” (Imam Al-Ghazali)
15. ”Berkasih sayanglah kamu kepada makhluk yang dibumi, nescaya kamu akan dikasihi makhluk yang di langit (malaikat).” (Hadits)
16. ”Tidak ada perhitungan bagi sembahyang seseorang kecuali pada bahagian yang dikerjakannya dengan khusyuk.” (Hadits)
17. ”Janganlah kamu saling mengumpat. Apakah kamu suka memakan bangkai saudaranya? Tentunya kamu tidak suka.” (Al-Hujurat: 62)
18. ”Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan nama-Nya kamu meminta dan peliharalah hubungan silaturrahim.” (Al-Nisa: 1)
19. ”Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silarurrahim.” (Hadits)
20. ”Berkata nabi Daud as: Pokok ketakwaan itu ada tiga: tawakkal, redha dan sabar.”
21. Seorang wanita mengadu tentang kekerasan hatinya kepada Aisyah RA, lalu beliau berkata: ”Siapa yang banyak mengingati mati akan lembut hatinya.”
22. ”Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku mereka masuk neraka dalam keadaan hina.” (Al-Mukminun: 60)
23. ”Janganlah membiasakan anak-anakmu dengan kesenangan yang akan menggemukkan nafsunya.” (Imam Al-Ghazali)
24. ”Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadits Bukhari Muslim)
25. ”Sebaik-baik orang di kalangan kamu ialah orang yang baik akhlaknya.” (Hadits Bukhari Muslim)
26. ”Tidak ada pemberian yang sebaiknya daripada seorang ayah kepada anaknya, melainkan adab yang baik.” (Hadits Tirmidzi)
27. ”Dan perkataan yang baik itu juga adalah sedekah.” (Hadits Bukhari)
28. ”Jangan memperkecil sesuatupun dari perbuatan kebaikan, walaupun sekadar menyambut kawan dengan muka yang manis.” (Hadits Muslim)
29. ”Tidak masuk syurga siapa yang ada di hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong.” (Hadits Muslim)
30. ”Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia sesungguhnya ia tidak berterima kasih kepada Allah.” (Hadits Al-Tirmidzi)
31. ”Bukanlah dari golongan kami siapa yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi anak kecil.” (Hadits Ahmad)
32. ”Sesungguhnya Allah suka kepada lembut belas kasihan dalam semua perkara.” (Hadits Bukhari)
33. ”Dan katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku supaya mereka berkata dengan kata-kata yang paling elok.” (AL-Israa: 53)
34. ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu rugi, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih.” (Al-’Ashr: 1-3)
35. ”Orang mukmin tidak disengat dalam satu lubang dua kali.” (Hadits Bukhari)
36. ”Berilah kepada kaum keluarga haknya, kepada fakir miskin dan ibnu sabil dan janganlah kamu membazir.” (Hadits Ahmad)
37. ”Dan jika kamu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipat gandakan balasannya kepada kamu.” (Al-Taghabun: 17)
38. ”Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanyadengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah.” (Al-Nisa: 38)
39. ”Sesungguhnya setiap perbuatan itu (pahalanya) bergantung kepada niatnya.” (Hadits Bukhari)
40. ”Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Al-Israa: 34)
41. ”Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu memakan riba’ dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali-Imran: 130)
42. ”Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.” (Al-Syuara: 183)
43. ”Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang selalu melakukan khianat lagi sentiasa berdosa.” (Al-Nisa: 107)
44. ”Rasulullah telah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam memerintah.” (Hadits al-Tirmizi)
45. ”Hindarilah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya tidak ada diantara doanya dan Allah sebarang benda yang mendindingnya.” (Hadits Tirmidzi)
46. ”Sesungguhnya Allah itu indah dan suka keindahan. Sesungguhnya takabbur itu menolak kebenaran dan menghina orang lain.” (Hadits Muslim)
47. Hasan al-Basri mengatakan: ”Setiap sembahyang yang tidak hadir khusyuk di dalamnya lebih hampir kepada siksa.”
48. ”Janganlah memperbanyak percakapan kecuali berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap menjadikan hati seseorang keras.” (Hadits Tirmizi)
49. ”Dua nikmat yang selalu dipersiakan manusia, nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Hadits Bukhari)
50. ”Perbanyaklah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan iaitu mati.” (Hadits Tirmidzi)
51. ”Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakannya.” (Hadits Muslim)
52. ”Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang paling berakhlak dan lemah lembut kepada isterinya.” (Hadits Tirmidzi)
53. ”Wanita yang salihah ialah yang taat kepada suami, menjaga kehormatan pada waktu ketiadaannya sebagaimana Allah telah memelohara dirinya.” (Al-Nisa: 34)
54. ”Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama supaya kamu beruntung.” (Hadits Bukhari Muslim)
55. ”Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah sesungguhnya aku bertaubat seratus kali setiap hari.” (Hadits Muslim)
56. ”Sembahyang lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menjadi penebus dosa antara keduanya jika ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Hadits Muslim)
57. ”Sesungguhnya pasti dikembalikan hak itu pada yang berhak, hingga kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas pada kambing yang bertanduk.” (Hadits Muslim)
58. ”Seorang muslim ialah yang dapat selamat sekalian manusia dari gangguan lidah dan tangannya.” (Hadits Bukhari Muslim)
59. ”Tiada sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya sesama muslim seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Bukhari Muslim)
60. ”Aku dan orang yang menjaga anak yatim dengan baik, disyurga bagaikan dekatnya jari telunjuk dengan jari tengah.” (Hadits Bukhari)
61. Sa’ad bin Abi Waqqash berasa seolah-olah dirinya lebih utama dari bawahannya, lalu Rasulullah saw bersabda: ”Tiadalah kamu mencapai kemenangan dan rezeki kecuali kerana bantuan orang-orang bawahan kamu.” (Hadits Bukhari Muslim)
62. ”Apabila seseorang memberi nafkah isteri dengan mengharapkan pahala, maka tercatat pahala sedekah untuknya.” (Hadits Bukhari Muslim)
63. ”Ajarkanlah anakmu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika meninggalkan sembahyang pada usia sepuluh tahun.”(Hadits Abu Daud dan Tirmidzi)
64. ”Demi Allah tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman. Siapakah ya Rasulullah? Jawab baginda ialah orang yang tidak aman jirannya dari gangguannya.” (Hadits Bukhari Muslim)
65. ”Apakah amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah? Jawab Rasulullah saw: berbakti kepada ibu bapa. Kemudian apalagi? Jawabnya: ”Jihad fisabilillah.” (Hadits Bukhari Muslim)
66. ”Barangsiapa suka dilapangkan rezekinya, dan ditunda ajalnya hendaklah ia menyambungkan silaturrahim.” (Hadits Bukhari Muslim)
67. ”Dosa-dosa besar ialah: menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh manusia dan sumpah palsu.” (Hadits Bukhari)
68. ”Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka dipanggil ia dengan seruan: ”Selamat engkau, selamat perjalananmu dan selamat menjadi penghuni syurga.” (Hadits Tirmidzi)
69. ”Seseorang akan bersama dengan orang yang dikasihinya (di akhirat).” (Hadits Bukhari Muslim)
70. ”Takutlah kamu dengan api neraka walaupun dengan sedekah separuh dari biji kurma.” (Hadits Bukhari Muslim)
71. ”Sesungguhnya sifat malu itu cabang iman.” (Hadits Bukhari Muslim)
72. Aisyah RA berkata: ”Belum pernah saya melihat Rasulullah tertawa gelak sehingga terlihat langit-langit mulutnya, tetapi beliau selalu tersenyum.” (Hadits Bukhari Muslim)
73. ”Tiga jenis doa yang tidak diragukan pasti dimakbulkan, doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ayah terhadap anaknya.” (Hadits Abu Daud, Tirmidzi)
74. ”Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadits Bukhari)
75. ”Orang yang mahir al-Quran bersama para malaikat yang mulia, orang yang gagap (kesusahan) tidak lancar membacanya mendapat pahala dua kali ganda.” (Hadits Bukhari Muslim)
76. ”Sesungguhnya seseorang yang di dalam hatinya tidak ada al-Quran bagaikan rumah buruk yang kosong.” (Hadits Tirmidzi)
77. ”Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah baginya pahala sepuluh kali ganda.” (Hadits Tirmidzi)
78. ”Rasulullah SAW bersabda tentang Qulhuwallahu Ahad, sesungguhnya ia menyamai sepertiga dari al-Quran.” (Hadits Muslim)
79. ”Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna maka keluarlah semua dosa-dosanya dari badannya hingga keluar dari bawah kukunya.” (Hadits Muslim)
80. ”Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna kemudian membaca doa wudhu, pasti dibukakan untuknya 8 pintu syurga yang ia boleh memilihnya.” (Hadits Muslim)
81. ”Tidak akan ditolak doa antara azan dan iqamat.” (Hadits Abu Daud, Tirmidzi)
82. ”Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Asar maka telah gugur semua amalannya.” (Hadits Bukhari)
83. ”Barangsiapa yang pergi ke masjid pada pagi atau petang hari maka Allah menyediakan untuknya hidangan disyurga setiap pagi dan petang.” (hadits Bukhari Muslim)
84. ”Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke masjid untuk sembahyang fardhu maka semua langkahnya di hitung, satu untuk menghapus dosa dan satu untuk menaikkan derajat.” (Hadits Muslim)
85. ”Sesungguhnya batas yang memisahkan seseorang dengan kufur hanya sembahyang, maka sesiapa yang meninggalkan sembahyang bererti telah kafir.” (Hadits Muslim)
86. ”Tidaklah seorang mukmin sembahyang sunnat kerana Allah pada setiap hari 12 rakaat melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadits Muslim)
87. ”Dua rakaat sembahyang sunnat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya.” (Hadits Muslim)
88. ”Rasulullah SAW sembahyang sunnat sebelum zohor empat rakaat, baginda bersabda: Sesungguhnya ini saat terbuka pintu langit dan aku suka bila naik amal kebaikanku.” (Hadits Tirmidzi)
89. ”Abu Hurairah berkata: Kekasihku Rasulullah SAW berwasiat kepadaku, berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat sembahyang dhuha dan witir sebelum tidur.” (Hadits Bukhari Muslim)
90. ”Barangsiapa yang bangun sembahyang pada malam ramadhan kerana iman dan harapkan keredhaan Allah, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Bukhari Muslim)
91. ”Tidaklah seseorang yang berpuasa sehari saja kerana Allah melainkan Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Hadits Bukhari Muslim)
92. ”Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadits Bukhari Muslim)
93. ”Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.” (Hadits Bukhari Muslim)
94. ”Bersahurlah kamu kerana sahur itu membawa berkat.” (Hadits Bukhari Muslim)
95. ”Sentiasa manusia itu dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka.” (Hadits Bukhari Muslim)
96. ”Jika kamu sedang berpuasa jangan berkata keji, jangan marah dan jika ada orang memaki dan melawan katakanlah: Sesungguhnya aku ini berpuasa.” (Hadits Bukhari Muslim)
Sumber - http://mufti.perlis.gov.my/informasi/koleksi-khutbah/255-artikel-mufti-nasihat-nasihat-ringkas (patotnya 100 tapi ada yang tak lengkap) and credit to k0taro from syok.org..
HARAM Horoskop walaupun suka-suka
Horoskop dan Hukumnya (walaupun sekadar suka2)
Imam tafsir Quran terkenal ,Qotadah As Sadusiy rahimullah mengatakan:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala hanyalah menciptakan bintang untuk tiga tujuan: [1] sebagai hiasan langit dunia, [2] sebagai pelempar syaitan, dan [3] sebagai penunjuk arah. Barangsiapa yang menyakini fungsi bintang selain itu, maka ia bererti telah berkata-kata dengan pikirannya semata, ia telah mendapatkan nasib buruk, menyia-nyiakan agamanya dan telah menyusah-nyusahkan berbicara yang ia tidak memiliki ilmu sama sekali.”
(Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobariy dalam Jami’il Bayan fii Ta’wilil Qur’an, 23/508, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H. Syaikh Musthofa Al ‘Adawiy mengatakan bahwa sanadnya hasan.)
Syaikh Sholih Alu Syaikh -hafizhohullah- mengatakan, “Jika seseorang membaca halaman suatu rencana yang berisi ramalan bintang yang sesuai dengan tanggal kelahirannya atau bintang yang yang sepadan dengan tarikh lahirnya, maka ini umpama seperti mendatangi dukun. Akibatnya cuma sekedar membaca semacam ini adalah tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. Sedangkan apabila seseorang sampai membenarkan ramalan dalam nintang tersebut, maka ia bererti telah kufur terhadap Al Qur’an yang telah diturunkan pada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
(Lihat At Tamhid Lisyarh Kitabit Tauhid oleh Syaikh Sholih Alu Syaikh pada Bab “Maa Jaa-a fii Tanjim”, hal. 349, Dar At Tauhid, cetakan pertama, tahun 1423 H.)
Allah swt jelas mengingatkan bahawa setiap sesuatu adalah dalam pengetahuan Allah swt Maha Mengetahui, “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman:34)
credit to k0taro from syok.org..
Subscribe to:
Posts (Atom)